Saturday, May 27, 2023

Review Filem Anwar: The Untold Story

posted on May 27, 2023 0 bawangan

Salam gais💜


Today May 27, 2023 I satu family pergi tengok filem Anwar: The Untold Story di GSC Ipoh Parade. Tiket jam 3.00P.M. We gerak 2.30P.M. macam tu sampai sana cari parking beli popcorn, masuk je hall iklan dah habis. Cerita pun dah start scene mata kena tutup masuk lokap...adehhh.


Okay berkaitan review I nak inform awal-awal post ini ada sedikit spoiler ya, kalau belum tonton harap jangan teruskan membaca.


Story plot menarik. Kalau betul semua jalan cerita tu benar memang sedih ya, I nangis few times sebab scene memang sedih. Bapa dianiaya, ditangkap depan mata. I cannot imagine how would I react if I were in their shoes. Time line mudah faham, jalan cerita pun simple mudah hadam. Yang tak boleh nak hadam kejahatan manusia bertuhankan wang ringgit. Bayangkanlah bukan sikit-sikit mainan politik ni. Biar negara papa kedana asalkan keturunan dapat bermewah didunia. Bail out company anak guna syarikat GLC??? Gila tak takut betul politikus semua ni, tak takut kena soal kat Mahsyar nanti. Scenes yang I nangis bila part polis pecah masuk rumah Anwar, beliau ditangkap di RUMAH PERIBADI ya?? Dah la kena halau 24 jam from rumah kerajaan sebab kena pecat mengejut. Tengah packing nak move out rumah blackout pula, betul-betul jahat! Anak- anak mostly kecil lagi semasa kejadian itu. Boleh trauma ya. Scene anak Anwar menyorok dalam toilet sebab bunyi bising dan kaca pecah di tingkat bawah rumah time kena serbu...anak dia takut😭 Tiga buah kereta/van escort nak bawa family Anwar ke balai polis sebab katanya dah keluar warrant tangkap. Tengah jalan dalam hutan, Anwar kena tukar naik van lain ALONE, anak isteri tak boleh buat apa. 5 hari kena tortured bawah tahanan ISA. Isteri tak ada idea mana Anwar pergi, dok ulang alik Balai Polis Bukit Aman minta explanation. Tak ada hati perut semua yang bersekongkol. Dah kena pukul dalam cell/lockup, tak diberi rawatan pula, mata lebam kena pukul Ketua Polis Negara...wah!!! Mesti arahan upper level. Takut tergugat kedudukan sebab Anwar lebih famous daripada beliau? Kewangan Malaysia memang cantik pada masa itu sehingga muka Anwar Ibrahim masuk front page majalah TIME; Anwar And The Future of Asia pada 1997, kerana Malaysia sudah tidak meminjam lagi dengan bank dunia. Kita ada rizab/reserve yang mencukupi. Tapi itulah dek kerana busuk hati Anwar tidak tolerate rasuah, Malaysia jatuh sejatuhnya akibat orang dalam. Iyalah tanpa rasuah macam mana orang kaya nak hidup mewah? Macam mana anak menantu nak beli yatch? Mana nak cekau duit naik flight business class pergi vacation di Europe? Anwar jatuh sebab pertahankan prinsip JAUHI RASUAH. Kena rasuah 4 juta pun tak gelap mata. Bapa Anwar nak diberi tanah di Borneo sebanyak 49,195 ekar secara PERCUMA pun Anwar tolak?? Gila kalau orang lain gelap mata sudah. 1 ekar pun jenuh nak bergolok gadai. Lepastu ada sorang tu dok ratib Melayu malas sampai dah nak hujung usia pun. Anak hang kaya sebab bermula daripada bawah ke?? Sembang kari. Hang biaq anak isteri orang tu menangis bapa hilang tak tahu ke mana...kalau betul jalan cerita semua betul, sumpah hang tak ada hati perut!

 

So, sekian saja review secara emosi. U all mesti tak faham kan, so tonton lah sendiri dan nilaikan sendiri. Untuk story I bagi 5/5 sebab memang plot mudah faham. Untuk lakonan 3.5/5 sebab watak mostly bukan pelakon so keras kejung itu tidak dapat dielakkan. Berbaloi la kot tengok kat pawagam but I tak expect ending dia mcm tu? Tiba-tiba lampu hall terbuka, confuse I cerita macam hanging. Tak puas tengok sebab sekejap je rasa. Untuk Gen Z yang nak tau perkembangan politik pada masa itu bolehlah rajinkan membaca, tengok movie ni ke...okay itu saja byebye😘



Sunday, May 21, 2023

Menyelam Lata Kekabu Sambil Jamu Ikan Bakar Tasik Raban

posted on May 21, 2023 0 bawangan

 Salam alaik guys💗


Today we all satu family pergi bonding ya makan ikan bakar di Restoran Tasik Raban and then berkelah di Lata Kekabu. Seingat I last datang Lata Kekabu pada tahun 2011 semasa menyertai kem form 5. Well, memang tak banyak perubahan. Perubahan yang I maksudkan ialah mungkin ada penambahan tempat persalinan ke hehehe. But to be honest current condition pun okay dah kot. Tempat berendam tak berapa dalam. Bawa baby pun boleh. Last few years lata ada tutup sekejap sebab tengah naik kes kencing tikus. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur I untuk nikmati panorama Lata Kekabu semula. Ada satu kes di sini yang I tak boleh lupa selagi hayat dikandung badan. Time tu I primary school parents bawa berkelah disini. I swim and dive here and there before I found a very beautiful rock. Bukanlah bulat yang perfect tetapi permukaannya sangat smooth di pegangan tangan. I took the rock and bring it to my mom. I said I want to keep it. But my mom insisted me to place it back where I took it. I rasa sumpah sedih gila. I letak balik and then a family come across tempat us berkelah. Their daughter dive and took the rock! I macam jam kepala tau cannot brain why di sepanjang laluan air mengalir boleh je dia pick other random rock tapi kenapa dia picked batu yang I baru lepas letak. Kecewa dalam hati tu Tuhan je faham. And memang the girl bawa batu tu balik. Bila dah besar ingat balik rasa a bit funny tetapi masih berbekas ye perasaan time tu dalam ingatan I.


We gerak from home 11 o'clock in the morning naik tiga kereta asing terus menuju ke Restoran Tasik Raban. Fortunately tak banyak pula orang. Biasa agak full house. We ordered seekor talapia bakar worth RM78.00. Makan 7 orang termasuk nasi putih, ulam, sambal, dan air dalam RM150.00. Alhamdulillah kenyang, mahal tak mahal belakang cerita yang penting orang belanja hahahahah


Actually niat asal nak beli saja ikan bakar dan berkelah di Lata Kekabu tetapi kami tak punya tikar. Tak sempat beli di shopee. Jadi kami kenyangkan perut dahulu then baru datang situ. Sampai je situ I terus buka kasut rendam kaki dalam air. Semua orang tak bawa spare baju kecuali nok azam. Memang cadangan asal tidak mahu mandi pun, cuma mahu makan ikan bakar sahaja and my sis cadang take away bawa makanan ke lata tu.


So, suasana udara sejuk ye. Air pun sejuk gila ya! Bunyi haiwan hutan pun tak banyak. Kinda calm gitu. Alhamdulillah time kami datang tak pack sangat. Dapat lah spot berkelah yang nice, air laju and agak cetek. Kalangan kami ada baby Hayder so sesuai sangat la.

Sunday, May 14, 2023

Resepi Nasi Himpit Kuah Lodeh Terlajak Surrr

posted on May 14, 2023 0 bawangan

Salam gais okay today I nak bagi u all resepi kuah lodeh yang sedap gila! I halalkan resepi ni dunia akhirat sebab I pun cedok resepi orang juga just adjust sikit-sikit ikut tekak I mueheheh~

 

Tips nak kuah lodeh yang pekat terletak pada bahan kisar halus dan jenis santan yang digunakan⚠️

 


 

Resepi Kuah Lodeh

5 sudu besar minyak masak

2 batang serai - dititik

1 inci lengkuas - dititik

20 ekor udang harimau / udang apa-apa boleh*

1L santan pekat Kara @ Ayam Brand

3 sudu kecil kfc garam - sukat rata, jgn membukit

500ml air putih

1 paket tempe

2 ketul tauhu goreng

1/2 paket suhun

1 paket fucuk kering

1/2 biji cauliflower*

1/3 biji kubis

1 batang carrot

6 batang kacang panjang - saiz halus

1 paket putik jagung*

1 paket fishball - digoreng*

1 paket nasi impit mini instant jenama Adabi


Bahan kisar halus:

2-3 biji bawang merah saiz besar

3 biji bawang putih

1 inci halia

2 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit pun boleh

4 sudu besar udang kering - rendam bersama air panas hingga menutupi udang

 

Cara-cara:

1) Tumis bahan kisar halus bersama minyak masak hingga naik bau. Api low.

2) Kemudian masuk serai, lengkuas dan udang. Kacau selalu hingga kuah sedikit pekat.

3) Setelah kuah agak pekat, masuk 500ml air + 200ml santan pekat, carrot, kacang panjang dan putik jagung. Kacau sebati hingga sayur 1/2 lembut. Api low ➡ medium shj.

4) Masuk fucuk, tauhu, suhun dan tempe. Biar seketika dalam 2 minit sambil kacau manjah.

5) Next, masuk kubis, cauliflower dan santan sehingga habis sekotak. Kacau sebati, jika rasa pekat boleh tambah lagi secawan dua air berserta garam. Adjust rasa lemak dan kelembutan sayur ikut tekak you all and siap!

6) Rebus nasi himpit dalam periuk bersama dua cubit garam dan air secukupnya. Wajib tutup periuk untuk singkatkan masa merebus nasi himpit.

7) Nikmati kuah lodeh bersama nasi impit, sambal ikan bilis dan fishball goreng.


Kuah lodeh sedap dimakan bersama sambal ikan bilis atau sambal kicap pekat. Tapi if you all ikut resepi I, inshaAllah makan alone dengan nasi himpit/lontong pun sedap dah hehehe~


Oh ya, bahan bertanda * adalah optional ikut tekak masing-masing. Kalau you tak makan kacang panjang pun tak perlu letak. Tapi jangan letak sayur yang boleh menjejaskan rasa lemak santan seperti cendawan tiram ke😓


TIPS:-

1) Bawang tu I letak 2 biji besar (saiz 3 inci lebar) sebab tak nak kuah nampak ceroi sangat. Bahan blend itu yang akan buat kuah jadi pekat. Kalau tidak cuma air + santan + serbuk kunyit.

2) Gunakan santan kotak if possible, kalau tidak santan parut pun boleh cuma based on my experience santan kukur selalu tercampur banyak dinding kelapa yang color coklat tu and some mengandungi terlalu banyak air so takut cepat basi🤌 Siapa nak kerja senang beli saja santan kotak. Btw, jika boleh elakkan beli brand Rasaku sebab taste dia macam aneh sedikit huhuhu~


Friday, May 12, 2023

From Nilai with Love~

posted on May 12, 2023 0 bawangan

 Salam all💖


Okay this week I merantau ke negeri orang ye from Saturday, 6th May to 11th May, Thursday. My journey start from Sg. Siput Utara 🠖 Telok Panglima Garang 🠖 Nilai 🠖 Sg. Siput Utara but sepanjang perjalanan kami singgah banyakkkkk sangat tempat.


Cerita bermula apabila my friend Dila nak datang beraya bersama Salleh(husband) and Puan Laila(mak Dila) pada Sabtu lepas. Janjinya datang lewat petang atau malam so I dah budget dia sampai 7P.M. liddat. Nahhh jam 4P.M. bagitahu jam 5P.M. sampai and the problem is I baca message 4.30P.M. terkejut beruk le awok nok bersilat didapur. Alkisahnya nak buat nasi ayam. Ayam dah perap awal, sup dah siap, TAPI nasi sedang tanak(sebab budget 3 jam lagi sampai, start masak 4P.M.) So ketika 3 beranak tu mai jenguk depan pintu, -kicap, sambal belum buat and ayam belum goreng😆 So I ajak depa makan di mamak ABC Sheik yang amous di disini buy they insisted nak McD maka kita turutkan tetamu. Padahal kalau I goreng ayam and blend cili sekejap siap dah hahaha~ Tak apalah mungkin rezeki mereka itu hari makan McD Alhamdulillah🤲

 

Maka di McD itulah permulaan cerita I merentas negeri. Dila ajak melawat rumah barunya di Klang. Berbelah bagi in 1st place sebab tak mahu seusahkan orang. Akhirnya I tergoda dengan pujuk rayu dan ayat manis nok Dila😂

 

I call my dad and he gave me permission so kami patah balik my house, packed my stuffs and we gerak to Klang ikut laluan Seri Iskandar sebab nak singgah di rumah family Salleh di mana entah lupa. Sampai di rumah Dila jam 3.15A.M. I terlelap dalam kereta pasal mengantuk sangat. Rumahnya di Telok Panglima Garang in between Klang and Morib beach so angin panas (sekarang musim panas) memang berkicap!


I stayed rumah Dila for 3d4n. First day Ahad ada 3 jemputan open house. Rumah first kawan sekerja Salleh, Adli kot namanya. We makan laksa, nuggets, nasi putih, kari kambing and roti jala terlajak sedap wehh. Serious tak tipu kari ayam pekat yee. 4,5 kali juga I bangun topup makanan haha. 2nd house beraya rumah adik bongsu Salleh di Klang. Hidang nasi tomato tapi guna beras basmathi you all. Iyalah husband si bongsu tu asal Pakistan rasanya. Ayam masak merah dia pekat and cukup rasa manis pedas semua. Kuih raya pun sedap belaka. Ada 1 I suka tapi nama kuih pula tak tahu, Then, last rumah adalah rumah Amy. Ya Allah cantik gila rumah dia Tuhan saja yang tahu. We ate mi kari but tak macam yang biasa dibuat (kuah agak ceroi) but sedap nok? Kuah kacang dia pun sedap😭 Katanya letak serai banyak. Kek coklat leleh and brownies pun sedap😭 Air greentea pun sedap. I almost thought it is katira because its sooo good! Tapi itulah makanan tak boleh masuk banyak sangat sebab seharian dah makan banyak. Actually kami hampir pergi open house anjuran Selangor state and Suria fm tapi tengok dari jauh pun full house. Malas pula nak bersesak cari parking sebab ada bawa budak kecil anak-anak saudara abg Salleh. Kami bergerak 3 kereta, 1 kereta- I, Dila, Salleh and lagi 2 kereta dinaiki saudara sebelah si Salleh.

 

So, on Monday Dila and husband dah start kerja so I cooked for them 3 days straight sebab iyalah duduk rumah orang kan buat la macam tetamu...eh??? Hahahaha! So 1st day I masak rendang ayam campak-campak. Asalnya nak buat ayam kerutuk but 2 jam cari serbuk rempah kerutuk di banyak kedai tak jumpa lastly I gave up beli saja barang untuk buat rendang ayam. 2nd day I masak ayam berlado versi tidak rangup. Ayam disalut tepung bestari tetapi digoreng sekejap sahaja jadinya ayam lembut juicy gitu haaa... 2 kali juga husband dila tambah nasi. 3rd day I masak sardine mackerel ayam brand yang dalam tin tu saja tapi tumis cili blend la. I felt sorry for Mak Laila sebab menu pedas sedikit cuz I guna cili blend yang beliau buat. Tak boleh nak budget spicy level. Barang masak mostly I beli kat Segi Fresh Telok Panglima Garang and kedai aceh area taman perumahan. Lotus Jenjarom macam so smol tak banyak barang ada.


On Wednesday past noon I gerak to Nilai jalan-jalan sana pula. Stay di MesaHill. Studio unit so got nothing inside memang one night stay punya place. Tapi okay lah sebab nak beli apa-apa just turun kat mall bawah saja. Sebelum mai Nilai I thought N9 macam Kuala Kangsar tau but I am totally wrong for that. I cakap macam tu sebab last time I ke N9 hadiri perkahwinan ex-colleague tempat tu macam laluan ke Kelantan dan Pahang. Tak ada apa on roadside, pokok semata orang kata. Maaflah no offence okay, silap I pukul rata satu negeri disebabkan sebahagian tempat sahaja😉 So, I gerak balik Perak next day petang by ETS. Ticket RM50 from Seremban - Sg. Siput around 4h30mins journey eta 9P.M. I bought seat bahagian dalam so susah sikit kalau nak keluar beli foods di cafe hence I stay saja kat kerusi sampai lenguh huhuhu~ So Alhamdullillah tepat jam 9.P.M. I sampai, my lil bro pick me up at station and pergi kedai mamak bungkus nasi. I tak unpack my things that night, mandi terus tidur sebab sakit badan plus mengantuk. Dalam train tadi boleh lelap sekejap-sekejap saja.

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon