Saturday, May 27, 2023

Review Filem Anwar: The Untold Story

posted on May 27, 2023

Salam gais💜


Today May 27, 2023 I satu family pergi tengok filem Anwar: The Untold Story di GSC Ipoh Parade. Tiket jam 3.00P.M. We gerak 2.30P.M. macam tu sampai sana cari parking beli popcorn, masuk je hall iklan dah habis. Cerita pun dah start scene mata kena tutup masuk lokap...adehhh.


Okay berkaitan review I nak inform awal-awal post ini ada sedikit spoiler ya, kalau belum tonton harap jangan teruskan membaca.


Story plot menarik. Kalau betul semua jalan cerita tu benar memang sedih ya, I nangis few times sebab scene memang sedih. Bapa dianiaya, ditangkap depan mata. I cannot imagine how would I react if I were in their shoes. Time line mudah faham, jalan cerita pun simple mudah hadam. Yang tak boleh nak hadam kejahatan manusia bertuhankan wang ringgit. Bayangkanlah bukan sikit-sikit mainan politik ni. Biar negara papa kedana asalkan keturunan dapat bermewah didunia. Bail out company anak guna syarikat GLC??? Gila tak takut betul politikus semua ni, tak takut kena soal kat Mahsyar nanti. Scenes yang I nangis bila part polis pecah masuk rumah Anwar, beliau ditangkap di RUMAH PERIBADI ya?? Dah la kena halau 24 jam from rumah kerajaan sebab kena pecat mengejut. Tengah packing nak move out rumah blackout pula, betul-betul jahat! Anak- anak mostly kecil lagi semasa kejadian itu. Boleh trauma ya. Scene anak Anwar menyorok dalam toilet sebab bunyi bising dan kaca pecah di tingkat bawah rumah time kena serbu...anak dia takut😭 Tiga buah kereta/van escort nak bawa family Anwar ke balai polis sebab katanya dah keluar warrant tangkap. Tengah jalan dalam hutan, Anwar kena tukar naik van lain ALONE, anak isteri tak boleh buat apa. 5 hari kena tortured bawah tahanan ISA. Isteri tak ada idea mana Anwar pergi, dok ulang alik Balai Polis Bukit Aman minta explanation. Tak ada hati perut semua yang bersekongkol. Dah kena pukul dalam cell/lockup, tak diberi rawatan pula, mata lebam kena pukul Ketua Polis Negara...wah!!! Mesti arahan upper level. Takut tergugat kedudukan sebab Anwar lebih famous daripada beliau? Kewangan Malaysia memang cantik pada masa itu sehingga muka Anwar Ibrahim masuk front page majalah TIME; Anwar And The Future of Asia pada 1997, kerana Malaysia sudah tidak meminjam lagi dengan bank dunia. Kita ada rizab/reserve yang mencukupi. Tapi itulah dek kerana busuk hati Anwar tidak tolerate rasuah, Malaysia jatuh sejatuhnya akibat orang dalam. Iyalah tanpa rasuah macam mana orang kaya nak hidup mewah? Macam mana anak menantu nak beli yatch? Mana nak cekau duit naik flight business class pergi vacation di Europe? Anwar jatuh sebab pertahankan prinsip JAUHI RASUAH. Kena rasuah 4 juta pun tak gelap mata. Bapa Anwar nak diberi tanah di Borneo sebanyak 49,195 ekar secara PERCUMA pun Anwar tolak?? Gila kalau orang lain gelap mata sudah. 1 ekar pun jenuh nak bergolok gadai. Lepastu ada sorang tu dok ratib Melayu malas sampai dah nak hujung usia pun. Anak hang kaya sebab bermula daripada bawah ke?? Sembang kari. Hang biaq anak isteri orang tu menangis bapa hilang tak tahu ke mana...kalau betul jalan cerita semua betul, sumpah hang tak ada hati perut!

 

So, sekian saja review secara emosi. U all mesti tak faham kan, so tonton lah sendiri dan nilaikan sendiri. Untuk story I bagi 5/5 sebab memang plot mudah faham. Untuk lakonan 3.5/5 sebab watak mostly bukan pelakon so keras kejung itu tidak dapat dielakkan. Berbaloi la kot tengok kat pawagam but I tak expect ending dia mcm tu? Tiba-tiba lampu hall terbuka, confuse I cerita macam hanging. Tak puas tengok sebab sekejap je rasa. Untuk Gen Z yang nak tau perkembangan politik pada masa itu bolehlah rajinkan membaca, tengok movie ni ke...okay itu saja byebye😘



0 bawangan:

Post a Comment

Feel free to drop your thoughts or ideas❤️

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon