Salam guys💛
Di hari Jumaat dalam bulan Ramadan yang baraqoh ini I nak ajar you all cara buat tiramisu menggunakan ladyfingers. Last month ada beli tiramisu homemade di Kuala Kangsar sebekas sq450 berharga belasan. Lupa sudah berapa tapi tak sampai 15 ringgit if I'm not mistaken. Memang sedap tapi kalau nak beli selalu rabak poket den hahaha!
So, I took an initiative to collab with my dear sister asking her to buy the ingredients while I make it happen✨sebab I suka deal with sweets!!(baker wannabe la katakan hshshshjj tibehh)
1 pack Ladyfingers biscuit (I guna jenama Bonomi)
250g cream cheese/mascarpone (Emborg)
200g UHT whipping cream + 250g susu pekat manis @ 200-250g non-dairy whipping cream + 50g susu pekat manis
1 tbsp nescafe tanpa gula + air panas 500ml
Serbuk cocoa
Sedikit vanilla essence - optional
![]() |
Antara bahan-bahan |
![]() |
Status: Halal Italia🕊️ |
Cara-cara:-
- Bancuh nescafe bersama 500ml air panas. Ketepikan.
- Putar cream cheese, whip cream, dan vanilla essence sehingga sebati dan berkrim. Jika guna mascarpone cuma putar whipped cream bersama vanilla sahaja, kemudian baru sekalikan.
- Then, masuk susu pekat manis dan kaup rata sahaja.
- Rendam sambil balikkan biskut ladyfingers ke dalam air bancuhan nescafe 3 kali pusing sekadar basah. Tidak perlu terlalu lama nanti akan sangat-sangat lembik.
- Kemudian susun cantik-cantik ladyfingers dalam loyang/bekas kaca/plastik berbentuk segi empat (if possible) hingga memenuhi ruang.
- Tuangkan bancuhan cheese tadi ke atas biskut yang tersusun ikut ketebalan disukai.
- Ayak serbuk koko atas lapisan cheese. Tebal pun tak apa. Barulah rasa 'tiramisu' tu.
- Ulang step 4-7 sehingga semua bahan habis.
- Biarkan di dalam fridge sekurangnya 6 jam atau seeloknya semalaman untuk nikmat yang lebih umph!
- Selepas 6 jam keluar daripada fridge dan ayak serbuk koko di atas adunan sebagai final step. Happy diggin'👐
![]() |
Texture akhir |
Tiramisu ni kena makan sejuk-sejuk baru nikmat uols😆 Substitute non-dairy whipping cream(fresh cream) tu seandainya you all tak ada budget yang banyak sebab dairy whipping cream kan mahal. InshaAllah sedap cuma boleh adjust kemaniskan yang you all desire. TETAPI tidak digalakkan guna fresh cream kerana rasa ia tidak lemak berkrim. Ladyfingers tu pun you all boleh gantikan dengan cheese crackers atau sponge cake. Apapun ikut tekak masing-masing. And, the reason why tak perlu putar mascarpone cheese adalah kerana texture nya yang lembut tidak berketul seperti cream cheese, memang sesuai sangat untuk buat tiramisu tetapi harga nya agak keras sedikit. Bukan sedikit ya, keras banyak hahaha. I beli mascarpone Emborg 500g hampir 30 ringgit manakala dengan harga lebih kurang(tambah RM3.00) you boleh dapatkan cream cheese 1kg!
Btw, tiramisu ni vegan pipol pun boleh makan ye sebab egg-less! So, Indian frens boleh try resepi mudah dan mesra poket ni. Angaran cost untuk hasilkan tiramisu menggunakan 1 pack ladyfingers ialah 34 ringgit(mascarpone + dairy whip cream). If guna fresh cream + cream cheese dapat jimat cost 10 ringgit means cuma 24 ringgit sahaja😳 I buat 3 layers dapat 2 bekas kaca saiz 7 inch penuh sampai nak meleleh. Kalau buat 2 layers mungkin boleh dapat 3 bekas. Tapi cheese layer tu tak tebal sangat, sedang-sedang...kalau nak tebal boleh adjust whip cream kasi lebih sikit. Bayangkan tuan/puan, cost 24 ringgit you all boleh buat duit lebih 3x ganda. Bekas plastik saiz sq450 buat 2 layer boleh dpt 7-8 bekas jual RM10. Resepi boleh buat niaga InshaAllah kalau sedap harga berpatutan customer akan repeat selalu❗ Yang penting jangan lupa baca bismillah setiap kali nak me-layer tu hehehe. Oh lagi satu tips, PLEASE jangan rendam ladyfngers terlalu lama. Cukup sekadar balikkan 3 kali laju-laju. Kerana texture biskut ladyfingers yang berongga dan mudah menyerap air. Jika tidak, as the result you akan dapat tiramisu yang sangat-sangat lembik dan berair🤏
Akhir kalam, pergilah you all beli barang balik kerja ni, lepas tarawih boleh buat then esok sahur/moreh boleh pekena dah hehehe~ Semoga berjaya dan selamat berpuasa!
0 bawangan:
Post a Comment
Feel free to drop your thoughts or ideas❤️