Salam all💖
Okay this week I merantau ke negeri orang ye from Saturday, 6th May to 11th May, Thursday. My journey start from Sg. Siput Utara 🠖 Telok Panglima Garang 🠖 Nilai 🠖 Sg. Siput Utara but sepanjang perjalanan kami singgah banyakkkkk sangat tempat.
Cerita bermula apabila my friend Dila nak datang beraya bersama Salleh(husband) and Puan Laila(mak Dila) pada Sabtu lepas. Janjinya datang lewat petang atau malam so I dah budget dia sampai 7P.M. liddat. Nahhh jam 4P.M. bagitahu jam 5P.M. sampai and the problem is I baca message 4.30P.M. terkejut beruk le awok nok bersilat didapur. Alkisahnya nak buat nasi ayam. Ayam dah perap awal, sup dah siap, TAPI nasi sedang tanak(sebab budget 3 jam lagi sampai, start masak 4P.M.) So ketika 3 beranak tu mai jenguk depan pintu, -kicap, sambal belum buat and ayam belum goreng😆 So I ajak depa makan di mamak ABC Sheik yang amous di disini buy they insisted nak McD maka kita turutkan tetamu. Padahal kalau I goreng ayam and blend cili sekejap siap dah hahaha~ Tak apalah mungkin rezeki mereka itu hari makan McD Alhamdulillah🤲
Maka di McD itulah permulaan cerita I merentas negeri. Dila ajak melawat rumah barunya di Klang. Berbelah bagi in 1st place sebab tak mahu seusahkan orang. Akhirnya I tergoda dengan pujuk rayu dan ayat manis nok Dila😂
I call my dad and he gave me permission so kami patah balik my house, packed my stuffs and we gerak to Klang ikut laluan Seri Iskandar sebab nak singgah di rumah family Salleh di mana entah lupa. Sampai di rumah Dila jam 3.15A.M. I terlelap dalam kereta pasal mengantuk sangat. Rumahnya di Telok Panglima Garang in between Klang and Morib beach so angin panas (sekarang musim panas) memang berkicap!
I stayed rumah Dila for 3d4n. First day Ahad ada 3 jemputan open house. Rumah first kawan sekerja Salleh, Adli kot namanya. We makan laksa, nuggets, nasi putih, kari kambing and roti jala terlajak sedap wehh. Serious tak tipu kari ayam pekat yee. 4,5 kali juga I bangun topup makanan haha. 2nd house beraya rumah adik bongsu Salleh di Klang. Hidang nasi tomato tapi guna beras basmathi you all. Iyalah husband si bongsu tu asal Pakistan rasanya. Ayam masak merah dia pekat and cukup rasa manis pedas semua. Kuih raya pun sedap belaka. Ada 1 I suka tapi nama kuih pula tak tahu, Then, last rumah adalah rumah Amy. Ya Allah cantik gila rumah dia Tuhan saja yang tahu. We ate mi kari but tak macam yang biasa dibuat (kuah agak ceroi) but sedap nok? Kuah kacang dia pun sedap😭 Katanya letak serai banyak. Kek coklat leleh and brownies pun sedap😭 Air greentea pun sedap. I almost thought it is katira because its sooo good! Tapi itulah makanan tak boleh masuk banyak sangat sebab seharian dah makan banyak. Actually kami hampir pergi open house anjuran Selangor state and Suria fm tapi tengok dari jauh pun full house. Malas pula nak bersesak cari parking sebab ada bawa budak kecil anak-anak saudara abg Salleh. Kami bergerak 3 kereta, 1 kereta- I, Dila, Salleh and lagi 2 kereta dinaiki saudara sebelah si Salleh.
So, on Monday Dila and husband dah start kerja so I cooked for them 3 days straight sebab iyalah duduk rumah orang kan buat la macam tetamu...eh??? Hahahaha! So 1st day I masak rendang ayam campak-campak. Asalnya nak buat ayam kerutuk but 2 jam cari serbuk rempah kerutuk di banyak kedai tak jumpa lastly I gave up beli saja barang untuk buat rendang ayam. 2nd day I masak ayam berlado versi tidak rangup. Ayam disalut tepung bestari tetapi digoreng sekejap sahaja jadinya ayam lembut juicy gitu haaa... 2 kali juga husband dila tambah nasi. 3rd day I masak sardine mackerel ayam brand yang dalam tin tu saja tapi tumis cili blend la. I felt sorry for Mak Laila sebab menu pedas sedikit cuz I guna cili blend yang beliau buat. Tak boleh nak budget spicy level. Barang masak mostly I beli kat Segi Fresh Telok Panglima Garang and kedai aceh area taman perumahan. Lotus Jenjarom macam so smol tak banyak barang ada.
On Wednesday past noon I gerak to Nilai jalan-jalan sana pula. Stay di MesaHill. Studio unit so got nothing inside memang one night stay punya place. Tapi okay lah sebab nak beli apa-apa just turun kat mall bawah saja. Sebelum mai Nilai I thought N9 macam Kuala Kangsar tau but I am totally wrong for that. I cakap macam tu sebab last time I ke N9 hadiri perkahwinan ex-colleague tempat tu macam laluan ke Kelantan dan Pahang. Tak ada apa on roadside, pokok semata orang kata. Maaflah no offence okay, silap I pukul rata satu negeri disebabkan sebahagian tempat sahaja😉 So, I gerak balik Perak next day petang by ETS. Ticket RM50 from Seremban - Sg. Siput around 4h30mins journey eta 9P.M. I bought seat bahagian dalam so susah sikit kalau nak keluar beli foods di cafe hence I stay saja kat kerusi sampai lenguh huhuhu~ So Alhamdullillah tepat jam 9.P.M. I sampai, my lil bro pick me up at station and pergi kedai mamak bungkus nasi. I tak unpack my things that night, mandi terus tidur sebab sakit badan plus mengantuk. Dalam train tadi boleh lelap sekejap-sekejap saja.