Wednesday, July 12, 2023

Resepi Ikan Kembong Masak Taucu

posted on July 12, 2023

Assalamualaikum gais💛 Ok hari ini I nak kongsi resepi ikan masak taucu. Rasa masam, masin dan pedas sedikit masak taucu ni ngam soi dimakan bersama nasi panas tanpa any side dish ya. Sbb this cuisine alone ada strong taste. Antara ikan yang sedap digunakan untuk masakan taucu adalah kembung, kerisi, bawal, selar, tenggiri, siakap dan beberapa lagi. Cumanya jika boleh elakkan beli ikan yang banyak tulang dan kuat baunya kerana boleh mempengaruhi rasa masak taucu itu nanti dan spoil mood nak kena asing tulang yang banyak.


Resepi Kembung Masak Taucu

6 ekor ikan kembung saiz sederhana

1 1/2 inci halia - dihiris

5 ulas bawang putih - dihiris

3 biji bawang merah kecil- dihiris

2 biji bawang merah besar - potong bulat

2 sb paste taucu jenama Tamin

1-2 keping asam gelugur

3 biji cili api -diketuk@belah dua tak putus

5 biji cili hijau besar - belah dua tak putus

600ml-1liter air panas

1/2 sk kfc gula

 

Cara-cara:

1) Siang ikan. Lumur dengan serbuk kunyit serta garam dan digoreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Jika suka garing boleh saja. Ketepikan.

2) Tumis bahan hiris dengan sedikit minyak hingga naik bau.

3) Masuk paste taucu dan kacau hingga sedikit kering. Api low sahaja.

4) Masuk air panas sedikit dalam 100ml dan kacau hingga mendidih.

5) Sudah mendidih, masuk asam gelugur, cili api dan lebihan air. Jika suka kuah banyak boleh lebihkan air. Masuk juga gula untuk rasa yang balance. Tak masuk garam sbb paste taucu sudah masin. Guna api medium ➡ high.


6) Mendidih kali kedua, masuk ikan dalam 1 minit sebelum masuk cili hijau dan bawang bulat. Then, terus tutup api dan letak cover lid periuk/kuali supaya bawang dan cili lembut sendiri. Tak perlu biar mendidih sekali lagi nanti bawang lembik sangat.


Masakan taucu ni makanan favourite orang dulu-dulu. Sedap, mudah dimasak dan bahan juga tidak renyah didapati. Masakan ini sedap dimakan dengan nasi putih begitu sahaja atau bersama ulam raja. Kadang-kadang I makan dengan sambal tempoyak atau sambal belacan. Tapi biasanya I makan alone dengan nasi sebab itu I suka ambil kuah banyak hahaha.

 

TIPS:-

1) Jumlah paste taucu yang digunakan haruslah sesuai dengan berapa banyak ikan yang digunakan. Letak sedikit dahulu kerana takut terlampau masin. Kemudian barulah ditambah jika kurang rasa.



1 bawangan:

anamizu said...

sedapnyaa ikan kembong masak taucu!

Post a Comment

Feel free to drop your thoughts or ideas❤️

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon