Showing posts with label Jalan² Cari Penat. Show all posts
Showing posts with label Jalan² Cari Penat. Show all posts

Sunday, May 21, 2023

Menyelam Lata Kekabu Sambil Jamu Ikan Bakar Tasik Raban

posted on May 21, 2023 0 bawangan

 Salam alaik guys💗


Today we all satu family pergi bonding ya makan ikan bakar di Restoran Tasik Raban and then berkelah di Lata Kekabu. Seingat I last datang Lata Kekabu pada tahun 2011 semasa menyertai kem form 5. Well, memang tak banyak perubahan. Perubahan yang I maksudkan ialah mungkin ada penambahan tempat persalinan ke hehehe. But to be honest current condition pun okay dah kot. Tempat berendam tak berapa dalam. Bawa baby pun boleh. Last few years lata ada tutup sekejap sebab tengah naik kes kencing tikus. Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur I untuk nikmati panorama Lata Kekabu semula. Ada satu kes di sini yang I tak boleh lupa selagi hayat dikandung badan. Time tu I primary school parents bawa berkelah disini. I swim and dive here and there before I found a very beautiful rock. Bukanlah bulat yang perfect tetapi permukaannya sangat smooth di pegangan tangan. I took the rock and bring it to my mom. I said I want to keep it. But my mom insisted me to place it back where I took it. I rasa sumpah sedih gila. I letak balik and then a family come across tempat us berkelah. Their daughter dive and took the rock! I macam jam kepala tau cannot brain why di sepanjang laluan air mengalir boleh je dia pick other random rock tapi kenapa dia picked batu yang I baru lepas letak. Kecewa dalam hati tu Tuhan je faham. And memang the girl bawa batu tu balik. Bila dah besar ingat balik rasa a bit funny tetapi masih berbekas ye perasaan time tu dalam ingatan I.


We gerak from home 11 o'clock in the morning naik tiga kereta asing terus menuju ke Restoran Tasik Raban. Fortunately tak banyak pula orang. Biasa agak full house. We ordered seekor talapia bakar worth RM78.00. Makan 7 orang termasuk nasi putih, ulam, sambal, dan air dalam RM150.00. Alhamdulillah kenyang, mahal tak mahal belakang cerita yang penting orang belanja hahahahah


Actually niat asal nak beli saja ikan bakar dan berkelah di Lata Kekabu tetapi kami tak punya tikar. Tak sempat beli di shopee. Jadi kami kenyangkan perut dahulu then baru datang situ. Sampai je situ I terus buka kasut rendam kaki dalam air. Semua orang tak bawa spare baju kecuali nok azam. Memang cadangan asal tidak mahu mandi pun, cuma mahu makan ikan bakar sahaja and my sis cadang take away bawa makanan ke lata tu.


So, suasana udara sejuk ye. Air pun sejuk gila ya! Bunyi haiwan hutan pun tak banyak. Kinda calm gitu. Alhamdulillah time kami datang tak pack sangat. Dapat lah spot berkelah yang nice, air laju and agak cetek. Kalangan kami ada baby Hayder so sesuai sangat la.

Friday, May 12, 2023

From Nilai with Love~

posted on May 12, 2023 0 bawangan

 Salam all💖


Okay this week I merantau ke negeri orang ye from Saturday, 6th May to 11th May, Thursday. My journey start from Sg. Siput Utara 🠖 Telok Panglima Garang 🠖 Nilai 🠖 Sg. Siput Utara but sepanjang perjalanan kami singgah banyakkkkk sangat tempat.


Cerita bermula apabila my friend Dila nak datang beraya bersama Salleh(husband) and Puan Laila(mak Dila) pada Sabtu lepas. Janjinya datang lewat petang atau malam so I dah budget dia sampai 7P.M. liddat. Nahhh jam 4P.M. bagitahu jam 5P.M. sampai and the problem is I baca message 4.30P.M. terkejut beruk le awok nok bersilat didapur. Alkisahnya nak buat nasi ayam. Ayam dah perap awal, sup dah siap, TAPI nasi sedang tanak(sebab budget 3 jam lagi sampai, start masak 4P.M.) So ketika 3 beranak tu mai jenguk depan pintu, -kicap, sambal belum buat and ayam belum goreng😆 So I ajak depa makan di mamak ABC Sheik yang amous di disini buy they insisted nak McD maka kita turutkan tetamu. Padahal kalau I goreng ayam and blend cili sekejap siap dah hahaha~ Tak apalah mungkin rezeki mereka itu hari makan McD Alhamdulillah🤲

 

Maka di McD itulah permulaan cerita I merentas negeri. Dila ajak melawat rumah barunya di Klang. Berbelah bagi in 1st place sebab tak mahu seusahkan orang. Akhirnya I tergoda dengan pujuk rayu dan ayat manis nok Dila😂

 

I call my dad and he gave me permission so kami patah balik my house, packed my stuffs and we gerak to Klang ikut laluan Seri Iskandar sebab nak singgah di rumah family Salleh di mana entah lupa. Sampai di rumah Dila jam 3.15A.M. I terlelap dalam kereta pasal mengantuk sangat. Rumahnya di Telok Panglima Garang in between Klang and Morib beach so angin panas (sekarang musim panas) memang berkicap!


I stayed rumah Dila for 3d4n. First day Ahad ada 3 jemputan open house. Rumah first kawan sekerja Salleh, Adli kot namanya. We makan laksa, nuggets, nasi putih, kari kambing and roti jala terlajak sedap wehh. Serious tak tipu kari ayam pekat yee. 4,5 kali juga I bangun topup makanan haha. 2nd house beraya rumah adik bongsu Salleh di Klang. Hidang nasi tomato tapi guna beras basmathi you all. Iyalah husband si bongsu tu asal Pakistan rasanya. Ayam masak merah dia pekat and cukup rasa manis pedas semua. Kuih raya pun sedap belaka. Ada 1 I suka tapi nama kuih pula tak tahu, Then, last rumah adalah rumah Amy. Ya Allah cantik gila rumah dia Tuhan saja yang tahu. We ate mi kari but tak macam yang biasa dibuat (kuah agak ceroi) but sedap nok? Kuah kacang dia pun sedap😭 Katanya letak serai banyak. Kek coklat leleh and brownies pun sedap😭 Air greentea pun sedap. I almost thought it is katira because its sooo good! Tapi itulah makanan tak boleh masuk banyak sangat sebab seharian dah makan banyak. Actually kami hampir pergi open house anjuran Selangor state and Suria fm tapi tengok dari jauh pun full house. Malas pula nak bersesak cari parking sebab ada bawa budak kecil anak-anak saudara abg Salleh. Kami bergerak 3 kereta, 1 kereta- I, Dila, Salleh and lagi 2 kereta dinaiki saudara sebelah si Salleh.

 

So, on Monday Dila and husband dah start kerja so I cooked for them 3 days straight sebab iyalah duduk rumah orang kan buat la macam tetamu...eh??? Hahahaha! So 1st day I masak rendang ayam campak-campak. Asalnya nak buat ayam kerutuk but 2 jam cari serbuk rempah kerutuk di banyak kedai tak jumpa lastly I gave up beli saja barang untuk buat rendang ayam. 2nd day I masak ayam berlado versi tidak rangup. Ayam disalut tepung bestari tetapi digoreng sekejap sahaja jadinya ayam lembut juicy gitu haaa... 2 kali juga husband dila tambah nasi. 3rd day I masak sardine mackerel ayam brand yang dalam tin tu saja tapi tumis cili blend la. I felt sorry for Mak Laila sebab menu pedas sedikit cuz I guna cili blend yang beliau buat. Tak boleh nak budget spicy level. Barang masak mostly I beli kat Segi Fresh Telok Panglima Garang and kedai aceh area taman perumahan. Lotus Jenjarom macam so smol tak banyak barang ada.


On Wednesday past noon I gerak to Nilai jalan-jalan sana pula. Stay di MesaHill. Studio unit so got nothing inside memang one night stay punya place. Tapi okay lah sebab nak beli apa-apa just turun kat mall bawah saja. Sebelum mai Nilai I thought N9 macam Kuala Kangsar tau but I am totally wrong for that. I cakap macam tu sebab last time I ke N9 hadiri perkahwinan ex-colleague tempat tu macam laluan ke Kelantan dan Pahang. Tak ada apa on roadside, pokok semata orang kata. Maaflah no offence okay, silap I pukul rata satu negeri disebabkan sebahagian tempat sahaja😉 So, I gerak balik Perak next day petang by ETS. Ticket RM50 from Seremban - Sg. Siput around 4h30mins journey eta 9P.M. I bought seat bahagian dalam so susah sikit kalau nak keluar beli foods di cafe hence I stay saja kat kerusi sampai lenguh huhuhu~ So Alhamdullillah tepat jam 9.P.M. I sampai, my lil bro pick me up at station and pergi kedai mamak bungkus nasi. I tak unpack my things that night, mandi terus tidur sebab sakit badan plus mengantuk. Dalam train tadi boleh lelap sekejap-sekejap saja.

Saturday, April 22, 2023

Tahun Ni Raya Tak Terkejut

posted on April 22, 2023 0 bawangan

Salam alaik guys🤍


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H atau bersamaan 2023 Masihi. Disini I ingin menyusun dua puloh jari tangan dan kaki memohon dimaafkan segala salah silap zahir dan batin kepada sesiapa sahaja yang dikenali atau tidak samada I ada buat salah ataupun tidak. Semoga amalan kita di bulan Ramadan yang lepas diterima dan diberkati Allah S.W.T.

 

Raya tahun ni macam biasa beraya di kampung halaman di Perak Darul Ridzuan aman damai negeriku terchenta ehehehe tibehhh~


My parents memang asal perak kampung berjiran pula tu so tak gaduh nak balik mana haha. Then, mereka pun cadangkan I kahwin org Perak juga supaya tak kalut balik raya😓 Ain't no way! I nak kembang kan keturunan di negeri lain juga🤣

 

So, di pagi 1 Syawal aka 1st raya kami sekeluarga bermaafan sambil salam kaut ye. Di usia senja nan kabur ni dapat la juga kumpul 220 hengget duit raya family bagi. Thx kepada yang memberi, kepada yang tidak memberi thx but no thx! After that, kami gerak la kerumah mak ayah saudara. Maksu buat nasi tomato, mi kari, kek chiffon pandan & strawberry (lembut yakmat), aneka kuih raya, dan air kelapa. Selesai makan bergambar pula di serumpun buluh depan rumah Maksu. Tinggi buluhnya memang port nais ber-ootd. Kemudian, kami ke rumah arwah atuk saudara (arwah Tokchu) anak cucu beliau buat rendang ayam, kuah kacang, aneka kuih muih (paling suka butter cookies nutella). Then, gerak rumah arwah Pakcik Jali Lemang makan laksa. Lepas itu ke rumah Pakcik Meor Aris makan nasi + ikan masak taucu, rendang, kuah kacang, air sarsi & guava. Isteri Meor Aris memang pandai masak, sedap belaka masakannya. Menurun la ilmu masakan pada anak lelaki dia seorang sebab anak perempuan tak ada. Next, pergi rumah kawan ayah tak berapa kenal siapa tapi anaknya kawan adik I Hakeem. Emaknya hidang bihun/kuetiau bakso. Wow sangat! Keliling rumahnya penuh sangat pokok. Masuk je rumah auto sejuk asbab pokok semua ni. Dalam rumah pun ada pokok hidup! Keluar rumah panas terus sebab memang panas time tu. Itulah orang kata, berbudi pada tanah, ia akan memberi semula kepada kita, InshaAllah~ Selepas itu kami ke rumah Opah Jaemah mak mama di Felda Lasah. Beliau berdiri pun susah dah makin berusia nak dekat 90 tahun tapi sedaya upaya juga untuk berpuasa penuh sampai kena masuk air dalam badan😭 Solat Zohor terus situ then shoot ke Tambun, Ipoh pergi beraya 2 rumah atuk/nenek saudara sebelah mama. Elok je otw balik hujan turun selebat alam. That time sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah merasa nikmat hujan tapi itulah lebat sangat nak tengok jalan pun susah sebab dah gelap di kawasan sekitar. Syukur Allah lindung perjalanan pulang kami sekeluarga🤲

 

Sampai je rumah kami semua melepet sebab kepenatan tapi I kena masuk dapur juga nak masak rendang kerutuk ayam. Resepi tengok buku ahhahaha. Secara dasarnya, banyak rumah kami beraya hari ini. Ok lah nak rehat kejap lagi nak start masak~

Sunday, April 09, 2023

Mydin Meru Kena Serang Kome Oiii

posted on April 09, 2023 0 bawangan

 Hi salam gais💗


Today Ahad I ingat nak berjalan-jalan ke Meru Raya. Saja nak buang masa sementara tunggu berbuka. Keluar rumah jam 2P.M. selepas solat Zohor then pick up sampul raya (booking awal) di rumah mami dulu. Mami tu dua pupu ayah.


On the way ke Meru I singgah di Guardian Chemor dulu. Nak cari lipstick Wardah Velvet Matte Lip Mousse code Lively Coral atau Chick Terracotta sebab ada sales. Base orangery memang sesuai dengan tone kulit muka I. Tapi itulah sokmo tak ada stock. Bila tiada sales eh ada pula stock huhuhu~ So, alkisahnya I tidak lah membeli apa-apa pasal time sales awal tahun haritu dah top up stock cosmetic and skincare Alhamdulillah~

 

Then, I terus ke Meru lalu jalan belakang pehhh daripada kejauhan sudah jammed ye laluan nak masuk ke Mydin tu so I pun apalagi u-turn terus masuk ikut McD sana itupun sangkut kat tengah pula tapi okaylah tak lama sangat kena sidai. Sudahlah aircond tidak berapa cun berkicap mat huhuhu. Akhirnya dapat jugalah parking di bahu jalan opposite Terminal bas Amanjaya syukur. Nasib baik I tak masuk parking Mydin sebab penuh gilaaa so tak lah sakit hati sangat pusing-pusing lastly tak jumpa parking kosong.

I patut masuk from kanan tu tp jem so u-turn & masuk ikut kiri tu

  Lokasi (X) I parked my car

Dah parked I masuk dalam Mydin beli Big Apple doughnuts <3 My fave would be Tira Cinno, Treomisu, and Swiss Robinson. Chocolate mcm kureng sikit sebab manih yakmat! I bought 2pcs sahaja RM7.00 beli banyak nanti muntah makan.

Tira Cinno & Treomisu

Then, I naik escalator cari scarf kepala. I suka inner snowcap style yang tertutup macam jenama Hantu By CheFiza tu. Selesa gilaaa tak pekak telinga dan kurang pening. Tak banyak color yang tinggal sebab customers penuh staff tak sempat restock kot. Bila pergi time hari biasa ada je banyak. Nak membeli pun macam tak syiok sebab memang sesak, mungkin juga sebab datang hari ahad kan huhu~ Lastly I beli la 1 helai entah color nampak macam belacan tapi bila balik tengok nohhh rokiah purple ekkk mungkin pencahayaan kuning di kedai so tidak menampakkan warna sebenar😢

Lautan manusia


Lepastu I macam tak berminat nak pusing-pusing cuci mata dah wahlal itu sepatutnya xtvt masa lapang I. Oleh sebab sesak dengan manusia dan cuaca panas yang melampau so I lebih rela pulang. Seriously selalunya I mmg akan window shopping ye but not today😞

Full house

Buang masa cari slot kosong😔

I keluar Mydin pergi ke kereta antik yang dah macam sotong kecut tu. I check cuaca 33° ye kalau jemur baju dalam 10 minit kering dah kot hahaha. Then, I drive menuju bazar di Bulatan Amanjaya tapi gerai banyak belum buka walaupun jam dah menunjukkan pukul 3.45P.M. I pun blah la nak ke Pekan Ipoh sebab bosan kan tapi separuh jalan kat traffic light nak ke Seri Iskandar tu I buat u-turn sebab tak larat gila nak drive dah T_T So I drive straight balik rumah memang tak singgah mana dah. Gila nyaris tak kena strok haba! Alhamdulillah Allah lindung.


Sampai rumah 4.15P.M. macam tu rehat kejap ayah pula ajak pergi bazar...pishang.....

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon