Thursday, March 23, 2023

Marhaban Ya Ramadan 1444H

posted on March 23, 2023

 Salamun'alaik peeps.

 

Hari ini merupakan 1st day berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Alhamdulillah satu hari yang Allah permudahkan urusan walaupun kepala sakit since pagi. Sahur jam 5.00AM, berbuka 7.28PM.


Actually dah seminggu sakit kepala. HMMM... Adakah perlu tukar shampoo? Hari-hari sudah cuci kepala, shampoo sehari atau dua hari sekali tapi still berdenyut rasa kepala ini. Adakah kerana cuaca terlampau panas? Tapi hari ini hujan petang hingga malam. Syukur Alhamdulillah nasib baik ke bazar ramadan di Taman Orkid tadi tidak hujan. Dapatlah sebungkus nasi kukus ayam berempah seorang satu, air tebu pior dan kuih talam tapi bentuk seperti nona manis. Tak tahu la mana satu. Harganya 3MYR  untuk 4pcs. Syukur atas rezeki harini ini.


Bazar Taman Orkid

Oh, lupa nak bagitahu tadi terjumpa Hayder di bazar. Comel betul anak fruit saya❤️

 

Hayder

 Itu sahaja coretan untuk hari ini.


Salam Ramadan 1444H/2023

0 bawangan:

Post a Comment

Feel free to drop your thoughts or ideas❤️

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon