Assalamualaikum gais💜 Ok hari ini I nak kongsi resepi masak lomak daging salai menggunakan oven ya. Ini punca I teringin nak makan daging salai masak lemak tetapi malas nak salai daging or cari daging salai. Rasa salai tu tidaklah sangat tetapi boleh diterima hehehe~ Ok jom!
Resepi Masak Lomak Daging Salai Versi Oven
500g daging - potong nipis
2 batang serai - dititik
200ml santan kotak kecil
2 keping asam gelugur
1 sk kfc garam
500-600ml air
1 helai daun kunyit - hiris halus (optional)
Bahan kisar halus:
2 biji bawang merah sederhana besar
10 biji cili api merah (boleh kurang @ lebihkan ikut suka)
1/2 inci belacan bakar
1 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
1) Potong nipis daging kurang 0.5mm, cuci bersih dan tos kering.
2) Gaul daging bersama garam dan serbuk kunyit. Susun daging jangan bertindan dan bakar dalam oven suhu 190c 30minit pertama, dan naikkan suhu kepada 200c bakar lagi 10minit.
3) Dalam 5minit daging hampir kering, dah boleh start tumis bahan kisar bersama serai tanpa minyak. Tumis sehingga kuah sedikit kering.
4) Then, masuk daging salai serta air. Kacau sebati.
5)
Sudah mendidih, masuk asam gelugur dan santan. Kacau selalu supaya santan tak berketul.
6) Masak sehingga daging sedikit lembut @ ikut citarasa jika suka daging kenyal.
7) Jika suka
kuah banyak boleh lebihkan air. Masuk garam untuk rasa yang
balance. Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Guna api medium sahaja.
Masak lemak ni sesuai dimakan dengan nasi panas, ulam raja beserta sambal belacan. Padu mat! Masak lemak juga terkenal dengan kepedasannya. Namun, yang tak makan pedas jangan bersedih kerana kita boleh letak cili api mengikut kesukaan. Saya pernah masak loak menggunakan hanya 1 biji cili api kerana ahli keluarga memang tidak makan pedas😂😋
TIPS:-
1) Semasa bakar daging, air daging akan dibuang setiap 20minit.
0 bawangan:
Post a Comment
Feel free to drop your thoughts or ideas❤️