Showing posts with label Ramadan 2023. Show all posts
Showing posts with label Ramadan 2023. Show all posts

Friday, April 21, 2023

Sayonara Ramadan 1444 Hijrah

posted on April 21, 2023 0 bawangan

Hey wassup gais💚


Harini ini merupakan hari terakhir ramadan untuk tahun 2023 setelah pemegang cop mohor Raja-Raja mengumumkan tarikh raya puasa jatuh pada esok hari. InshaAllah tahun ni raya tak terkejut ya kengkawan so boleh rancang balik kampung halaman dengan tenang dan damai hehehe~


Btw, sangat sedih ya I hampir berpuasa penuh this year😢 Apakan daya 29 hari pun jadi lah asalkan raya nanti makeup tak perlu cuci sampai malam yayyy! Alhamdulillah terima kasih ya Rabb memudahkan urusan hambaMu ini🤲

 

Tahun ni baju raya (2) pasang color black and navy blue, design latest 2023 beli di Fit Boutique Greentown aka Angsana Mall. Kasut raya beli di pasar pagi, kasut crocs hahaha. Shawl Mekah (2) helai yang kainnya I swear super lembut gilaaa. Lepas bargain dapat harga RM55 untuk 2 helai. Seller buka booth di ground floor Ipoh Parade. Tudung tu beli last minute. Memang tak ada niat nak beli sebab tudung dan shawl dah berlambak dalam closet nasib tak melimpah keluar je huhu. I lalu situ 4 hari sebelum raya, mata terkenan tengok bling-blink jubah Mekah. But as for now tak minat pakai jubah dah so terkesima tengok shawl manik-manik dia lalu terbelek dan terbeli la hehehe. Therapy bak kata orang. Alhamdulillah semua kelengkapan raya sudah mencukupi.


Wednesday, April 05, 2023

Peniaga Buang Harga Semua Makanan Terlajak Murah!

posted on April 05, 2023 0 bawangan

 Salam alaik peeps💚


Salam Ramadan ke-15 semoga Tuhan memberi kita kesihatan untuk berpuasa penuh pada hari-hari mendatang inshaAllah~


Okay malam ini nak cerita sikit kami satu family pi berbuka di Warung Syanis area Chemor. Kedainya opposite kedai tayar and servis kereta. Kecil saja warungnya ada dalam 5 meja makan saiz sederhana. TAPI ada varieties of masakan panas ya🙌 Selak buku menu tadi rasa ada lebih 10 helai. Ada bermacam mee/kuetiau/nasi goreng, char kuetiau, western, celup tepung pun ada. Cumanya pilihan air mungkin agak terhad kerana tak banyak jus & minuman sachet. So, makan untuk 4 orang kami order set berbuka marhaen berharga RM30, add on nasi putih x 1, kailan ikan masin x 1, teh o ais x 2, apple juice x 1, dan char kuetiau kerang(basah). Well makanan semua betul kecuali dapat char kuetiau basah udang pula😅 telan jela diknon. So, makanan keluar jam 7P.M. dan kami sampai 7:15P.M kerana baru lepas habis hujan lebat giler tak boleh drive laju sangat. Lagipun bertolak dalam 6.55P.M. dalam 20 minit perjalanan yang sejuk ditemani gerimis. Sampai je nasi pun dah sejuk hehehe

Nak lokasi boleh click gambar nanti direct pi google maps

Dengar cerita warung ni pun ada masuk youtube influencer Azfar Badrul pasal nasi goreng daging selambak tak kedekut cuma RM13😭😭😭 Yang tu tak sempat order pasal tak tahu kewujudan nasi goreng tu and dah nak balik baru terfikir nak belek buku menu tapi sempat snap 1 helai je then adik Anis tu bagitahu boleh request menu thru whatsapp so kita tutup buku balik hahaha

 

Actually u know what I booking jam 12.30P.M. tau sebab my kazen Mira bagitahu takut penuh tapi Alhamdulillah berbuka tadi tak penuh sangat. Vibe sejuk pula baru lepas hujan, syahdu gituh. Nasi pun tak habis tadi sebab banyak sangat lauk ye ikan siakap pun besar, siap boleh refill sirap ais lagi. Berbaloi sangat la kome oii

Set berbuka marhaen yang kami order

Total semua ini cuma RM44🤯



Merecik ke idakkk RM6 jeee




Tanda booking awal😹

Menu yang sempat di snap

Oh ya, adik Anis tu ramah ye orangnya. Dah bayar nak balik siap cakap minta halal ye kurang lebih masakan dia. Kalau servis gini I kompom datang balik diknon nak cuba nasi daging selambak tu pula haha


So, yang tinggal berdekat tunggu apa lagi serbu le kedai nya esok lusa berbuka sana. Bulan Ramadan ni warung open 6P.M. so untuk servis laju-laju boleh la booking dulu nombor tertera di banner pada gambar diatas. Sekian saja coretanku~ Jangan lupa puasa penuh gais!

Monday, April 03, 2023

Bazar Ramadan Taman Orkid, Sg Siput (U)

posted on April 03, 2023 0 bawangan

 Salam peeps💙


Well hari ini merupakan hari ke-13 Ramadan. Today I nak story pengalaman ke bazar ramadan di Taman Orkid di Sg. Siput Utara pada Ramadan ke-11 lalu. Ada la dalam 40 petak I rasa tapiii banyak gerai yang selalu tutuppppp. Tidak berapa banyak gerai yang menjual tapi bolehlah daripada kena masak🤣

Tak tahulah Orkid ke Okid janji ada bunyi



Actually I ok je nak memasak cumanya rasa tak syok kalau berbuka makanan tak beraso bak kata orang. I kalau nak test rasa kat lidah I tak kenan...mesti nak rasa agak besar sesudu kfc pun jadi lah hahaha k guwau jer~ Kalau masak tak ngam tekak takkan nak buang dalam tong sampah pula kan so I punya pemikiran biarlah sedekah makanan kat pokok daripada makan makanan tak sedap.  I pernah masak something tak ingat lauk apa, I buang sekuali sebab rasa tak seperti yang diharapkan. Contohnya ada kemungkinan error pada rasa belacan yang effect keseluruhan masakan. Pernah sekali mama tanya:

❝Eh, kenapa nak buang pulak tu?❞

Then I jawablah, ❝Tak sedap tak pasti silap kat mana.❞

Mama replied ❝Takyah buang nanti mama alter.❞

I cakap, ❝Okay tapi jangan cakap ni Na yang masak, cakap mama yang masak.❞

 

Hahahaha adoila punya I nak jaga kualiti makanan agar tidak dicela kerana masakan tidak umphhh! So, kesimpulannya marilah kita membeli di bazar. Beli di bazar at least jika tidak sedap esoknya gerai itu I akan ban🤣 Ada sebuah gerai air yang sudah di gam ya kerana bicara yang tidak berhemah, maaf ya penjual.

Gerai makanan favorite!!

Gerai Teh Kaw tu tempat fav beli green tea🌿

#JanganMembazir💚

#BeliSekadarPerluIsiPerut

Sunday, March 26, 2023

Jalan-jalan Bazar Lembah Arena Kuala Kangsar

posted on March 26, 2023 0 bawangan

Salam peeps💖

 

Okay hari ini merupakan hari ke-4 berpuasa. Pagi tadi sahur ikan taucu yang I masak malam tadi. Lepas masak rasa panas-panas ngam soi dah tapi sahur tadi macam kureng rasa, huhuhu~ Tak apalah syukur saja ada hidangan atas meja, Alhamdulillah.


So, petang semalam (puasa ke-3) I went to bazar di Arena Kuala Kangsar with mommy, dad & younger bro, Man Todak. Suasana agak sama seperti tahun sebelumnya, banyak peniaga walaupun hujan lebat amat dan nak cari parking pun susah T_T

 

Nampak ke hujan tu guys?

Jadi petang semalam I and mom beli la nasi kukus ayam berempah 5, ayam geprek 1, homemade pizza 4 slices, air laici kang, air mata kucing, air dragon fruit+ice cream vanilla ,dan cendols(sedap giler gais). Man Todak beli nasi beriani ayam madu, sedap nasi cuma kepak ayam nya lagi kecil daripada saiz puyuh hehehe~ Dad pula beli laksa famous Kuala Kangsar iaitu laksa beras, kemahang, dan beberapa lagi menu yang tak I ingat.

 

Puyuh yang tak jadi beli

 

So, kenapa sepanjang tiga hari berbuka memang beli nasi kukus ayam berempah ya? Jawapannya mudah; kerana serdak and ayam dia looks yummehhh. Tengok nasi tomato, nasi ayam, lauk cedok nampak biasa-biasa dan tak nampak yummy😅 Dan kami belum sentuh roti john dan marbatak setakat hari ini. Might try tapi tengok gerai mana yang dah seminggu pun orang still beratur panjang sedap le tu tapi itu le... ater maleh pulok teman nok queue sebab nya teman dah la ada migrain😭


Bazar di lembah Arena Kuala Kangsar


Btw, semalam ajak kakak, suami dan Hayder berbuka dirumah ayah. Dapat dukung Hayder sekejap saja lepas itu ayah suruh pergi beli jag air kecil di Eco-shop sebab air beli banyak tapi di rumah banyak jag air besar gedabak. I naik la Ford Azam ke Eco-shop beli 3 jenis jag kecil RM2.40 x 3pcs, ambil yang BPA free👍 Balik je Hayder dah tidur I is sad T_T


Okaylah ini saja coretan pagi ini, I nak cuci cadar and tukar baru. Cadar tukar seminggu sekali sebab kemalasan, kalau rajin mungkin 4 hari sekali. Becoz I sensitive tak boleh kena habuks sbb eczema teruks. Lantai bilik pun kena kerap sapu and mop tapi still eczema susah hilang. Bila rasa gatal tu datang rasa nak garu tu Tuhan saja faham, lepas itu luka-luka dan merah😭 Ya Allah sembuhkanlah eczema atau penyakit kulit Diana dan selepas kesembuhan ini tidak didatangkan semula penyakit nya aaminn~~~


Thank you guys doakan saya. Semoga kebaikan ini berbalik semula kepada u all inshaAllah aaminn ya rabbal alamin~

Thursday, March 23, 2023

Marhaban Ya Ramadan 1444H

posted on March 23, 2023 0 bawangan

 Salamun'alaik peeps.

 

Hari ini merupakan 1st day berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Alhamdulillah satu hari yang Allah permudahkan urusan walaupun kepala sakit since pagi. Sahur jam 5.00AM, berbuka 7.28PM.


Actually dah seminggu sakit kepala. HMMM... Adakah perlu tukar shampoo? Hari-hari sudah cuci kepala, shampoo sehari atau dua hari sekali tapi still berdenyut rasa kepala ini. Adakah kerana cuaca terlampau panas? Tapi hari ini hujan petang hingga malam. Syukur Alhamdulillah nasib baik ke bazar ramadan di Taman Orkid tadi tidak hujan. Dapatlah sebungkus nasi kukus ayam berempah seorang satu, air tebu pior dan kuih talam tapi bentuk seperti nona manis. Tak tahu la mana satu. Harganya 3MYR  untuk 4pcs. Syukur atas rezeki harini ini.


Bazar Taman Orkid

Oh, lupa nak bagitahu tadi terjumpa Hayder di bazar. Comel betul anak fruit saya❤️

 

Hayder

 Itu sahaja coretan untuk hari ini.


Salam Ramadan 1444H/2023

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon