Salam peeps💖
Okay hari ini merupakan hari ke-4 berpuasa. Pagi tadi sahur ikan taucu yang I masak malam tadi. Lepas masak rasa panas-panas ngam soi dah tapi sahur tadi macam kureng rasa, huhuhu~ Tak apalah syukur saja ada hidangan atas meja, Alhamdulillah.
So, petang semalam (puasa ke-3) I went to bazar di Arena Kuala Kangsar with mommy, dad & younger bro, Man Todak. Suasana agak sama seperti tahun sebelumnya, banyak peniaga walaupun hujan lebat amat dan nak cari parking pun susah T_T
![]() |
| Nampak ke hujan tu guys? |
Jadi petang semalam I and mom beli la nasi kukus ayam berempah 5, ayam geprek 1, homemade pizza 4 slices, air laici kang, air mata kucing, air dragon fruit+ice cream vanilla ,dan cendols(sedap giler gais). Man Todak beli nasi beriani ayam madu, sedap nasi cuma kepak ayam nya lagi kecil daripada saiz puyuh hehehe~ Dad pula beli laksa famous Kuala Kangsar iaitu laksa beras, kemahang, dan beberapa lagi menu yang tak I ingat.
![]() |
| Puyuh yang tak jadi beli |
So, kenapa sepanjang tiga hari berbuka memang beli nasi kukus ayam berempah ya? Jawapannya mudah; kerana serdak and ayam dia looks yummehhh. Tengok nasi tomato, nasi ayam, lauk cedok nampak biasa-biasa dan tak nampak yummy😅 Dan kami belum sentuh roti john dan marbatak setakat hari ini. Might try tapi tengok gerai mana yang dah seminggu pun orang still beratur panjang sedap le tu tapi itu le... ater maleh pulok teman nok queue sebab nya teman dah la ada migrain😭
![]() |
| Bazar di lembah Arena Kuala Kangsar |
Btw, semalam ajak kakak, suami dan Hayder berbuka dirumah ayah. Dapat dukung Hayder sekejap saja lepas itu ayah suruh pergi beli jag air kecil di Eco-shop sebab air beli banyak tapi di rumah banyak jag air besar gedabak. I naik la Ford Azam ke Eco-shop beli 3 jenis jag kecil RM2.40 x 3pcs, ambil yang BPA free👍 Balik je Hayder dah tidur I is sad T_T
Okaylah ini saja coretan pagi ini, I nak cuci cadar and tukar baru. Cadar tukar seminggu sekali sebab kemalasan, kalau rajin mungkin 4 hari sekali. Becoz I sensitive tak boleh kena habuks sbb eczema teruks. Lantai bilik pun kena kerap sapu and mop tapi still eczema susah hilang. Bila rasa gatal tu datang rasa nak garu tu Tuhan saja faham, lepas itu luka-luka dan merah😭 Ya Allah sembuhkanlah eczema atau penyakit kulit Diana dan selepas kesembuhan ini tidak didatangkan semula penyakit nya aaminn~~~
Thank you guys doakan saya. Semoga kebaikan ini berbalik semula kepada u all inshaAllah aaminn ya rabbal alamin~



.jpg)
0 bawangan:
Post a Comment
Feel free to drop your thoughts or ideas❤️