Salam alaik peeps💚
Salam Ramadan ke-15 semoga Tuhan memberi kita kesihatan untuk berpuasa penuh pada hari-hari mendatang inshaAllah~
Okay malam ini nak cerita sikit kami satu family pi berbuka di Warung Syanis area Chemor. Kedainya opposite kedai tayar and servis kereta. Kecil saja warungnya ada dalam 5 meja makan saiz sederhana. TAPI ada varieties of masakan panas ya🙌 Selak buku menu tadi rasa ada lebih 10 helai. Ada bermacam mee/kuetiau/nasi goreng, char kuetiau, western, celup tepung pun ada. Cumanya pilihan air mungkin agak terhad kerana tak banyak jus & minuman sachet. So, makan untuk 4 orang kami order set berbuka marhaen berharga RM30, add on nasi putih x 1, kailan ikan masin x 1, teh o ais x 2, apple juice x 1, dan char kuetiau kerang(basah). Well makanan semua betul kecuali dapat char kuetiau basah udang pula😅 telan jela diknon. So, makanan keluar jam 7P.M. dan kami sampai 7:15P.M kerana baru lepas habis hujan lebat giler tak boleh drive laju sangat. Lagipun bertolak dalam 6.55P.M. dalam 20 minit perjalanan yang sejuk ditemani gerimis. Sampai je nasi pun dah sejuk hehehe
![]() |
Nak lokasi boleh click gambar nanti direct pi google maps |
Dengar cerita warung ni pun ada masuk youtube influencer Azfar Badrul pasal nasi goreng daging selambak tak kedekut cuma RM13😭😭😭 Yang tu tak sempat order pasal tak tahu kewujudan nasi goreng tu and dah nak balik baru terfikir nak belek buku menu tapi sempat snap 1 helai je then adik Anis tu bagitahu boleh request menu thru whatsapp so kita tutup buku balik hahaha
Actually u know what I booking jam 12.30P.M. tau sebab my kazen Mira bagitahu takut penuh tapi Alhamdulillah berbuka tadi tak penuh sangat. Vibe sejuk pula baru lepas hujan, syahdu gituh. Nasi pun tak habis tadi sebab banyak sangat lauk ye ikan siakap pun besar, siap boleh refill sirap ais lagi. Berbaloi sangat la kome oii
![]() |
Set berbuka marhaen yang kami order |
![]() | |||
Total semua ini cuma RM44🤯 |
![]() |
Merecik ke idakkk RM6 jeee |
![]() |
Tanda booking awal😹 |
![]() |
Menu yang sempat di snap |
Oh ya, adik Anis tu ramah ye orangnya. Dah bayar nak balik siap cakap minta halal ye kurang lebih masakan dia. Kalau servis gini I kompom datang balik diknon nak cuba nasi daging selambak tu pula haha
So, yang tinggal berdekat tunggu apa lagi serbu le kedai nya esok lusa berbuka sana. Bulan Ramadan ni warung open 6P.M. so untuk servis laju-laju boleh la booking dulu nombor tertera di banner pada gambar diatas. Sekian saja coretanku~ Jangan lupa puasa penuh gais!