Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts

Sunday, April 09, 2023

Mydin Meru Kena Serang Kome Oiii

posted on April 09, 2023 0 bawangan

 Hi salam gais💗


Today Ahad I ingat nak berjalan-jalan ke Meru Raya. Saja nak buang masa sementara tunggu berbuka. Keluar rumah jam 2P.M. selepas solat Zohor then pick up sampul raya (booking awal) di rumah mami dulu. Mami tu dua pupu ayah.


On the way ke Meru I singgah di Guardian Chemor dulu. Nak cari lipstick Wardah Velvet Matte Lip Mousse code Lively Coral atau Chick Terracotta sebab ada sales. Base orangery memang sesuai dengan tone kulit muka I. Tapi itulah sokmo tak ada stock. Bila tiada sales eh ada pula stock huhuhu~ So, alkisahnya I tidak lah membeli apa-apa pasal time sales awal tahun haritu dah top up stock cosmetic and skincare Alhamdulillah~

 

Then, I terus ke Meru lalu jalan belakang pehhh daripada kejauhan sudah jammed ye laluan nak masuk ke Mydin tu so I pun apalagi u-turn terus masuk ikut McD sana itupun sangkut kat tengah pula tapi okaylah tak lama sangat kena sidai. Sudahlah aircond tidak berapa cun berkicap mat huhuhu. Akhirnya dapat jugalah parking di bahu jalan opposite Terminal bas Amanjaya syukur. Nasib baik I tak masuk parking Mydin sebab penuh gilaaa so tak lah sakit hati sangat pusing-pusing lastly tak jumpa parking kosong.

I patut masuk from kanan tu tp jem so u-turn & masuk ikut kiri tu

  Lokasi (X) I parked my car

Dah parked I masuk dalam Mydin beli Big Apple doughnuts <3 My fave would be Tira Cinno, Treomisu, and Swiss Robinson. Chocolate mcm kureng sikit sebab manih yakmat! I bought 2pcs sahaja RM7.00 beli banyak nanti muntah makan.

Tira Cinno & Treomisu

Then, I naik escalator cari scarf kepala. I suka inner snowcap style yang tertutup macam jenama Hantu By CheFiza tu. Selesa gilaaa tak pekak telinga dan kurang pening. Tak banyak color yang tinggal sebab customers penuh staff tak sempat restock kot. Bila pergi time hari biasa ada je banyak. Nak membeli pun macam tak syiok sebab memang sesak, mungkin juga sebab datang hari ahad kan huhu~ Lastly I beli la 1 helai entah color nampak macam belacan tapi bila balik tengok nohhh rokiah purple ekkk mungkin pencahayaan kuning di kedai so tidak menampakkan warna sebenar😢

Lautan manusia


Lepastu I macam tak berminat nak pusing-pusing cuci mata dah wahlal itu sepatutnya xtvt masa lapang I. Oleh sebab sesak dengan manusia dan cuaca panas yang melampau so I lebih rela pulang. Seriously selalunya I mmg akan window shopping ye but not today😞

Full house

Buang masa cari slot kosong😔

I keluar Mydin pergi ke kereta antik yang dah macam sotong kecut tu. I check cuaca 33° ye kalau jemur baju dalam 10 minit kering dah kot hahaha. Then, I drive menuju bazar di Bulatan Amanjaya tapi gerai banyak belum buka walaupun jam dah menunjukkan pukul 3.45P.M. I pun blah la nak ke Pekan Ipoh sebab bosan kan tapi separuh jalan kat traffic light nak ke Seri Iskandar tu I buat u-turn sebab tak larat gila nak drive dah T_T So I drive straight balik rumah memang tak singgah mana dah. Gila nyaris tak kena strok haba! Alhamdulillah Allah lindung.


Sampai rumah 4.15P.M. macam tu rehat kejap ayah pula ajak pergi bazar...pishang.....

 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon