Salam peeps💙
Well hari ini merupakan hari ke-13 Ramadan. Today I nak story pengalaman ke bazar ramadan di Taman Orkid di Sg. Siput Utara pada Ramadan ke-11 lalu. Ada la dalam 40 petak I rasa tapiii banyak gerai yang selalu tutuppppp. Tidak berapa banyak gerai yang menjual tapi bolehlah daripada kena masak🤣
![]() |
Tak tahulah Orkid ke Okid janji ada bunyi |
Actually I ok je nak memasak cumanya rasa tak syok kalau berbuka makanan tak beraso bak kata orang. I kalau nak test rasa kat lidah I tak kenan...mesti nak rasa agak besar sesudu kfc pun jadi lah hahaha k guwau jer~ Kalau masak tak ngam tekak takkan nak buang dalam tong sampah pula kan so I punya pemikiran biarlah sedekah makanan kat pokok daripada makan makanan tak sedap. I pernah masak something tak ingat lauk apa, I buang sekuali sebab rasa tak seperti yang diharapkan. Contohnya ada kemungkinan error pada rasa belacan yang effect keseluruhan masakan. Pernah sekali mama tanya:
❝Eh, kenapa nak buang pulak tu?❞
Then I jawablah, ❝Tak sedap tak pasti silap kat mana.❞
Mama replied ❝Takyah buang nanti mama alter.❞
I cakap, ❝Okay tapi jangan cakap ni Na yang masak, cakap mama yang masak.❞
Hahahaha adoila punya I nak jaga kualiti makanan agar tidak dicela kerana masakan tidak umphhh! So, kesimpulannya marilah kita membeli di bazar. Beli di bazar at least jika tidak sedap esoknya gerai itu I akan ban🤣 Ada sebuah gerai air yang sudah di gam ya kerana bicara yang tidak berhemah, maaf ya penjual.
![]() |
Gerai makanan favorite!! |
![]() |
Gerai Teh Kaw tu tempat fav beli green tea🌿 |
#JanganMembazir💚
#BeliSekadarPerluIsiPerut
0 bawangan:
Post a Comment
Feel free to drop your thoughts or ideas❤️