Tuesday, February 20, 2024

Resepi Tomyam Ayam Mudah Tapi Sedap!

posted on February 20, 2024 1 bawangan

Salam gais eee lama gila okay tak jenguk my sayang ni. Last tahun lepas update. Hmm busy la uols.     Okay today I nak share resepi tom yum mantap yang sedap gila!Boleh makan dengan nasi, kuetiau, mihun, dan mi kuning!

 

Tips nak kuah tom yum yang pekat terletak pada paste tomyam yang digunakan⚠️


Resepi Tomyam Ayam

1 1/2 kg ayam potong kecil

1 senduk minyak masak

3 ulas bawang putih - tumbuk

1 biji bawang merah besar - tumbuk

2 inci lengkuas - tumbuk 

2 inci halia - tumbuk

2 batang serai - titik

2 batang ketumbar - asing akar dan daun

2-3 tbsp cili kisar

5 helai daun limau purut

2 senduk pes tom yum jenama Kung Thai

1 kiub pati tom yum

1/2 kiub pati ayam

3/4 tbsp paste asam jawa Adabi

5 tbsp sos ikan Thai

1/2 inci gula nise

5 tbsp air limau nipis botol/3-5 biji limau kasturi

1/2 kg cauliflower

2 batang carrot

1 paket baby corn

2 biji tomato

2-10 biji cili api merah/hijau

1/2 biji bawang holland

2 liter air putih

 

Cara-cara:

1) Tumis bahan tumbuk, serai, dan akar ketumbar bersama minyak masak hingga naik bau. Api low-medium.

2) Kemudian masuk cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

3) Dah pecah minyak, masuk 500ml air putih, pes tom yum dan kiub tomyam dan masak hingga mendidih. Api medium-high.

4) Setelah mendidih, tambah lagi 1.5 liter air putih, masuk kiub ayam, sos ikan Thai, gula nise, daun limau purut, and baby corn. Masak hingga mendidih.

5) Mendidih lagi sekali, masuk carrot dan ayam bahagian tulang/kulit. Kacau dalam 5 minit api medium sahaja.

6) Next masuk bunga kobis, cili api, tomato, bawang holland, air limau nipis/kasturi serta bahagian isi ayam. Masak dalam 3-5 minit api besar hingga mendidih. Sebatikan rasa boleh adjust garam sedikit dan terus tutup api.

7) Tabur daun ketumbar dan siap utk dinikmati~


TIPS:-

1) Jika boleh elakkan beli tom yum paste brand yang jarang kita dengar takut rasa out. Atau kalau nak lagi sedap boleh buat paste sendiri!

2) Saya tak letak cendawan sebab dulu pernah buat tapi rasa lari total😓
 
 

Selamat mencuba~🙆💖

#CookAlaDiana

 

Sunday, August 06, 2023

Resepi Masak Lemak Daging Salai Guna Oven

posted on August 06, 2023 0 bawangan

 

Assalamualaikum gais💜 Ok hari ini I nak kongsi resepi masak lomak daging salai menggunakan oven ya. Ini punca I teringin nak makan daging salai masak lemak tetapi malas nak salai daging or cari daging salai. Rasa salai tu tidaklah sangat tetapi boleh diterima hehehe~ Ok jom!


Resepi Masak Lomak Daging Salai Versi Oven

500g daging - potong nipis

2 batang serai - dititik

200ml santan kotak kecil

2 keping asam gelugur

1 sk kfc garam

500-600ml air

1 helai daun kunyit - hiris halus (optional)

 

Bahan kisar halus:

2 biji bawang merah sederhana besar

10 biji cili api merah (boleh kurang @ lebihkan ikut suka)

1/2 inci belacan bakar

1 inci halia

1 1/2 inci kunyit hidup 

 

Cara-cara:

1) Potong nipis daging kurang 0.5mm, cuci bersih dan tos kering.

2) Gaul daging bersama garam dan serbuk kunyit. Susun daging jangan bertindan dan bakar dalam oven suhu 190c 30minit pertama, dan naikkan suhu kepada 200c bakar lagi 10minit.

3) Dalam 5minit daging hampir kering, dah boleh start tumis bahan kisar bersama serai tanpa minyak. Tumis sehingga kuah sedikit kering.

4) Then, masuk daging salai serta air. Kacau sebati.

5) Sudah mendidih, masuk asam gelugur dan santan. Kacau selalu supaya santan tak berketul.

6) Masak sehingga daging sedikit lembut @ ikut citarasa jika suka daging kenyal.

7) Jika suka kuah banyak boleh lebihkan air. Masuk garam untuk rasa yang balance. Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Guna api medium sahaja.


Masak lemak ni sesuai dimakan dengan nasi panas, ulam raja beserta sambal belacan. Padu mat! Masak lemak juga terkenal dengan kepedasannya. Namun, yang tak makan pedas jangan bersedih kerana kita boleh letak cili api mengikut kesukaan. Saya pernah masak loak menggunakan hanya 1 biji cili api kerana ahli keluarga memang tidak makan pedas😂😋

 

TIPS:-

1) Semasa bakar daging, air daging akan dibuang setiap 20minit.




Wednesday, July 12, 2023

Resepi Ikan Kembong Masak Taucu

posted on July 12, 2023 1 bawangan

Assalamualaikum gais💛 Ok hari ini I nak kongsi resepi ikan masak taucu. Rasa masam, masin dan pedas sedikit masak taucu ni ngam soi dimakan bersama nasi panas tanpa any side dish ya. Sbb this cuisine alone ada strong taste. Antara ikan yang sedap digunakan untuk masakan taucu adalah kembung, kerisi, bawal, selar, tenggiri, siakap dan beberapa lagi. Cumanya jika boleh elakkan beli ikan yang banyak tulang dan kuat baunya kerana boleh mempengaruhi rasa masak taucu itu nanti dan spoil mood nak kena asing tulang yang banyak.


Resepi Kembung Masak Taucu

6 ekor ikan kembung saiz sederhana

1 1/2 inci halia - dihiris

5 ulas bawang putih - dihiris

3 biji bawang merah kecil- dihiris

2 biji bawang merah besar - potong bulat

2 sb paste taucu jenama Tamin

1-2 keping asam gelugur

3 biji cili api -diketuk@belah dua tak putus

5 biji cili hijau besar - belah dua tak putus

600ml-1liter air panas

1/2 sk kfc gula

 

Cara-cara:

1) Siang ikan. Lumur dengan serbuk kunyit serta garam dan digoreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Jika suka garing boleh saja. Ketepikan.

2) Tumis bahan hiris dengan sedikit minyak hingga naik bau.

3) Masuk paste taucu dan kacau hingga sedikit kering. Api low sahaja.

4) Masuk air panas sedikit dalam 100ml dan kacau hingga mendidih.

5) Sudah mendidih, masuk asam gelugur, cili api dan lebihan air. Jika suka kuah banyak boleh lebihkan air. Masuk juga gula untuk rasa yang balance. Tak masuk garam sbb paste taucu sudah masin. Guna api medium ➡ high.


6) Mendidih kali kedua, masuk ikan dalam 1 minit sebelum masuk cili hijau dan bawang bulat. Then, terus tutup api dan letak cover lid periuk/kuali supaya bawang dan cili lembut sendiri. Tak perlu biar mendidih sekali lagi nanti bawang lembik sangat.


Masakan taucu ni makanan favourite orang dulu-dulu. Sedap, mudah dimasak dan bahan juga tidak renyah didapati. Masakan ini sedap dimakan dengan nasi putih begitu sahaja atau bersama ulam raja. Kadang-kadang I makan dengan sambal tempoyak atau sambal belacan. Tapi biasanya I makan alone dengan nasi sebab itu I suka ambil kuah banyak hahaha.

 

TIPS:-

1) Jumlah paste taucu yang digunakan haruslah sesuai dengan berapa banyak ikan yang digunakan. Letak sedikit dahulu kerana takut terlampau masin. Kemudian barulah ditambah jika kurang rasa.



Monday, June 05, 2023

Resepi Rendang Tok Ayam

posted on June 05, 2023 0 bawangan

Salam alaik you all💚


Di hari cuti ni I nak share pada you all resepi rendang tok ayam versi berkuah. Maksud berkuah disini adalah I tak keringkan awas tu. Asalkan ayam dah masak I tutup api. Masakan rendang tok diketahui umum berasal daripada Perak. Dimasak lama hingga kuah agak kering maka menghasilkan rendang yang pekat dan tahan lama. So, ini kira resepi anak Perak yang durhaka sikit huhuhu~

 

Resepi Rendang Tok Ayam

1 ekor ayam anggaran 1.7kg -cuci bersih potong 20

3 serangkai: 3 kuntum bunga lawang + 2 inci kulit kayu manis + 5 biji buah pelaga

3-4 sb cili kering kisar 

2 sb serbuk ketumbar*

1 sb serbuk jintan putih*

1 sb serbuk jintan manis*

1/2 sb serbuk lada hitam*

2-3 sb serbuk kari ayam daging Adabi* (optional)

2 sb serbuk cili* (optional)

1 sb gula putih @ 1 ketul gula nise

1 sk kfc garam

1 keping asam gelugur @ paste asam jawa

200ml santan pekat Kara

2 sb kerisik jenama G&M

1 helai daun kunyit -hiris halus (optional)


Bahan kisar halus:

3 biji bawang merah besar -diameter 3 inci

5 biji bawang merah kecil

5 biji bawang putih

2 inci halia

1 inci lengkuas 

1 inci kunyit hidup

3 batang serai

4 biji buah keras -basuh & sangai dahulu (optional)

 

Cara-cara:

1) Tumis 3 serangkai dan bahan kisar halus bersama 2 senduk minyak masak hingga naik bau. Api low.

2) Kemudian masuk cili kisar serta serbuk rempah bertanda (*) dan kacau sebati. Biar hingga pecah minyak dua kali. Kacau sesekali takut hangus bahagian bawah.

3) Dah pecah minyak, masuk ayam sambil gaul sebati dalam dua minit.

4) Setelah dua minit, masuk gula nise (jika gula putih masuk di point no 5), asam gelugur, dan santan sedikit demi sedikit. Biar mereneh sambil selalu balikkan ayam agar masak sekata semua bahagian berkulit.

5) Jika kuah sudah kelihatan sedikit gelap (dalam 45min1jam), masuk garam, daun kunyit dan kerisik, kacau sebati. Masak lagi dalam 10-15minit hingga kuah kelihatan lebih gelap lagi tetapi tidak kering. Disini boleh adjust rasa.

6) Apabila rasa sudah ngam dengan tekak boleh lah tutup api, siap!


Rendang ini sedap dimakan bersama nasi putih panas, nasi impit, lontong, dan lemang. My whole family memang penggemar masakan I, lebih lagi rendang yang sedap ni hehehe~

Saturday, May 27, 2023

Review Filem Anwar: The Untold Story

posted on May 27, 2023 0 bawangan

Salam gais💜


Today May 27, 2023 I satu family pergi tengok filem Anwar: The Untold Story di GSC Ipoh Parade. Tiket jam 3.00P.M. We gerak 2.30P.M. macam tu sampai sana cari parking beli popcorn, masuk je hall iklan dah habis. Cerita pun dah start scene mata kena tutup masuk lokap...adehhh.


Okay berkaitan review I nak inform awal-awal post ini ada sedikit spoiler ya, kalau belum tonton harap jangan teruskan membaca.


Story plot menarik. Kalau betul semua jalan cerita tu benar memang sedih ya, I nangis few times sebab scene memang sedih. Bapa dianiaya, ditangkap depan mata. I cannot imagine how would I react if I were in their shoes. Time line mudah faham, jalan cerita pun simple mudah hadam. Yang tak boleh nak hadam kejahatan manusia bertuhankan wang ringgit. Bayangkanlah bukan sikit-sikit mainan politik ni. Biar negara papa kedana asalkan keturunan dapat bermewah didunia. Bail out company anak guna syarikat GLC??? Gila tak takut betul politikus semua ni, tak takut kena soal kat Mahsyar nanti. Scenes yang I nangis bila part polis pecah masuk rumah Anwar, beliau ditangkap di RUMAH PERIBADI ya?? Dah la kena halau 24 jam from rumah kerajaan sebab kena pecat mengejut. Tengah packing nak move out rumah blackout pula, betul-betul jahat! Anak- anak mostly kecil lagi semasa kejadian itu. Boleh trauma ya. Scene anak Anwar menyorok dalam toilet sebab bunyi bising dan kaca pecah di tingkat bawah rumah time kena serbu...anak dia takut😭 Tiga buah kereta/van escort nak bawa family Anwar ke balai polis sebab katanya dah keluar warrant tangkap. Tengah jalan dalam hutan, Anwar kena tukar naik van lain ALONE, anak isteri tak boleh buat apa. 5 hari kena tortured bawah tahanan ISA. Isteri tak ada idea mana Anwar pergi, dok ulang alik Balai Polis Bukit Aman minta explanation. Tak ada hati perut semua yang bersekongkol. Dah kena pukul dalam cell/lockup, tak diberi rawatan pula, mata lebam kena pukul Ketua Polis Negara...wah!!! Mesti arahan upper level. Takut tergugat kedudukan sebab Anwar lebih famous daripada beliau? Kewangan Malaysia memang cantik pada masa itu sehingga muka Anwar Ibrahim masuk front page majalah TIME; Anwar And The Future of Asia pada 1997, kerana Malaysia sudah tidak meminjam lagi dengan bank dunia. Kita ada rizab/reserve yang mencukupi. Tapi itulah dek kerana busuk hati Anwar tidak tolerate rasuah, Malaysia jatuh sejatuhnya akibat orang dalam. Iyalah tanpa rasuah macam mana orang kaya nak hidup mewah? Macam mana anak menantu nak beli yatch? Mana nak cekau duit naik flight business class pergi vacation di Europe? Anwar jatuh sebab pertahankan prinsip JAUHI RASUAH. Kena rasuah 4 juta pun tak gelap mata. Bapa Anwar nak diberi tanah di Borneo sebanyak 49,195 ekar secara PERCUMA pun Anwar tolak?? Gila kalau orang lain gelap mata sudah. 1 ekar pun jenuh nak bergolok gadai. Lepastu ada sorang tu dok ratib Melayu malas sampai dah nak hujung usia pun. Anak hang kaya sebab bermula daripada bawah ke?? Sembang kari. Hang biaq anak isteri orang tu menangis bapa hilang tak tahu ke mana...kalau betul jalan cerita semua betul, sumpah hang tak ada hati perut!

 

So, sekian saja review secara emosi. U all mesti tak faham kan, so tonton lah sendiri dan nilaikan sendiri. Untuk story I bagi 5/5 sebab memang plot mudah faham. Untuk lakonan 3.5/5 sebab watak mostly bukan pelakon so keras kejung itu tidak dapat dielakkan. Berbaloi la kot tengok kat pawagam but I tak expect ending dia mcm tu? Tiba-tiba lampu hall terbuka, confuse I cerita macam hanging. Tak puas tengok sebab sekejap je rasa. Untuk Gen Z yang nak tau perkembangan politik pada masa itu bolehlah rajinkan membaca, tengok movie ni ke...okay itu saja byebye😘



 

Please Read Disclaimer⚠️Template by Ipietoon