Salam gais eee lama gila okay tak jenguk my sayang ni. Last tahun lepas update. Hmm busy la uols. Okay today I nak share resepi tom yum mantap yang sedap gila!Boleh makan dengan nasi, kuetiau, mihun, dan mi kuning!
Tips nak kuah tom yum yang pekat terletak pada paste tomyam yang digunakan⚠️❗
1 1/2 kg ayam potong kecil
1 senduk minyak masak
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang merah besar - tumbuk
2 inci lengkuas - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 batang serai - titik
2 batang ketumbar - asing akar dan daun
2-3 tbsp cili kisar
5 helai daun limau purut
2 senduk pes tom yum jenama Kung Thai
1 kiub pati tom yum
1/2 kiub pati ayam
3/4 tbsp paste asam jawa Adabi
5 tbsp sos ikan Thai
1/2 inci gula nise
5 tbsp air limau nipis botol/3-5 biji limau kasturi
1/2 kg cauliflower
2 batang carrot
1 paket baby corn
2 biji tomato
2-10 biji cili api merah/hijau
1/2 biji bawang holland
2 liter air putih
Cara-cara:
1) Tumis bahan tumbuk, serai, dan akar ketumbar bersama minyak masak hingga naik bau. Api low-medium.
2) Kemudian masuk cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Dah pecah minyak, masuk 500ml air putih, pes tom yum dan kiub tomyam dan masak hingga mendidih. Api medium-high.
4) Setelah mendidih, tambah lagi 1.5 liter air putih, masuk kiub ayam, sos ikan Thai, gula nise, daun limau purut, and baby corn. Masak hingga mendidih.
5) Mendidih lagi sekali, masuk carrot dan ayam bahagian tulang/kulit. Kacau dalam 5 minit api medium sahaja.
6) Next masuk bunga kobis, cili api, tomato, bawang holland, air limau nipis/kasturi serta bahagian isi ayam. Masak dalam 3-5 minit api besar hingga mendidih. Sebatikan rasa boleh adjust garam sedikit dan terus tutup api.
7) Tabur daun ketumbar dan siap utk dinikmati~
TIPS:-
1) Jika boleh elakkan beli tom yum paste brand yang jarang kita dengar takut rasa out. Atau kalau nak lagi sedap boleh buat paste sendiri!
Selamat mencuba~🙆💖
#CookAlaDiana
1 bawangan:
waahhhh boleh cuba resepi ni nanti hehe
Post a Comment
Feel free to drop your thoughts or ideas❤️